Loading…
Pengemukakan Dokumen Elektronik sebagai Keterangan dalam Perbicaraan Mahkamah Syariah
Keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam perbicaraan di mahkamah syariah. Sekiranya didapati relevan, mempunyai nilai probatif dan koroboratif yang tinggi, serta terjaga rantaian keterangan dan jagaannya, sudah pasti ianya akan diterima oleh mahkamah syariah sebagai keterangan sek...
Saved in:
Published in: | Jurnal undang-undang dan masyarakat = Malaysian journal of law and society 2020-12, Vol.2020 (27), p.55-63 |
---|---|
Main Authors: | , , , |
Format: | Article |
Language: | English |
Citations: | Items that cite this one |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam perbicaraan di mahkamah syariah. Sekiranya didapati relevan, mempunyai nilai probatif dan koroboratif yang tinggi, serta terjaga rantaian keterangan dan jagaannya, sudah pasti ianya akan diterima oleh mahkamah syariah sebagai keterangan sekaligus membolehkannya diguna pakai sebagai asas penghakiman mahkamah. Keterangan dokumen elektronik berfungsi untuk membuktikan fakta isu dan fakta relevan serta digunakan untuk menyokong keterangan-keterangan lain yang dikemukakan dalam sesuatu perbicaraan. Penulisan ini mensasarkan tiga objektif. Objektif pertama mensasarkan untuk menganalisis prinsip syariah serta pengaplikasian peruntukan undang-undang berkaitan pengemukaan keterangan dokumen elektronik di mahkamah syariah. Objektif kedua mensasarkan untuk mengenal pasti permasalahan yang wujud. Objektif ketiga mensasarkan untuk mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang telah dikenal pasti. Penulisan yang dilaksanakan adalah bercirikan doktrinal serta dianalisis secara kualitatif. Temu bual ke atas pengamal undang-undang syariah turut dilakukan untuk menyokong dapatan penulisan. Penulis mendapati keterangan dokumen elektronik boleh dikemukakan serta dijadikan sebagai asas penghakiman kes sekiranya mahkamah syariah menerimanya sebagai keterangan. Walau bagaimanapun, pendefinisian keterangan dokumen elektronik yang kabur di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah telah mengakibatkan pengaplikasian undang-undangnya serta proses pengemukaannya di mahkamah syariah menjadi turut tidak jelas. Penulisan ini seterusnya mencadangkan agar definisi keterangan dokumen elektronik di bawah prinsip syariah diperjelaskan lagi agar kebolehterimaan, pengemukaan serta pengaplikasian undang-undangnya menjadi jelas. |
---|---|
ISSN: | 1394-7729 1394-7729 |
DOI: | 10.17576/juum-2020-27-06 |