Loading…

MENGANDUNG ANAK TAK SAH TARAF: KAJIAN KES DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH

Abstrak: Gejala hamil luar nikah dalam kalangan remaja menjadi isu besar dan sukar dibendung lagi. Pengaruh media sosial, pergaulan bebas dan kurang didikan agama dalam kalangan ibu bapa menjadi antara punca remaja hamil luar nikah. Keluarga merupakan pelindung utama dalam pembentukan sahsiah dan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:UUM journal of legal studies 2017-11, Vol.8
Main Authors: Ahmad, Abd Ghani, Md Dahlan, Nuarrual Hilal
Format: Article
Language:English
Citations: Items that cite this one
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Abstrak: Gejala hamil luar nikah dalam kalangan remaja menjadi isu besar dan sukar dibendung lagi. Pengaruh media sosial, pergaulan bebas dan kurang didikan agama dalam kalangan ibu bapa menjadi antara punca remaja hamil luar nikah. Keluarga merupakan pelindung utama dalam pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi golongan remaja agar tidak terpengaruh dengan masalah sosial yang tidak terkawal. Mengandung dan melahirkan anak tak sah taraf dalam usia muda menimbulkan keresahan kepada remaja tentang cara untuk ‘menyelamatkan’ anak tersebut daripada pengetahuan umum. Pelbagai isu dan masalah yang menyelubungi perasaan mereka sama ada ingin memelihara sendiri anak tersebut atau menyerahkan sahaja kepada keluarga angkat. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh manakah penerimaan remaja hamil luar nikah dan keluarga terhadap anak tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif berdasarkan kajian-kajian terdahulu menerusi pelbagai buku, jurnal dan dokumen yang membincangkan isu remaja hamil luar nikah. Kaedah tinjauan digunakan untuk mengenal pasti pandangan para responden tentang penerimaan mereka terhadap kelahiran anak tak sah taraf. Pengumpulan data diperoleh dengan menggunakan metode temu bual berstruktur yang menjadi asas utama dalam kajian ini. Analisis perbandingan dilakukan terhadap data yang dikumpulkan dan dikategorikan kepada lima isu penting sama ada bersifat positif atau negatif dan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan dari aspek penjagaan, pendidikan, pengurusan dan kebajikan, emosi dan perasaan serta akhlak dan perubahan sikap remaja tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa remaja dan ahli keluarga mereka boleh menerima kelahiran anak tak sah taraf dan bersifat positif tentang kepentingan menjaga anak tersebut. Terdapat persamaan antara mereka dari aspek pendidikan, pengurusan dan kebajikan, emosi dan perasaan serta akhlak dan perubahan sikap. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari aspek penjagaan anak tersebut iaitu ada antara remaja dan ahli keluarga sanggup memelihara sendiri dan sebaliknya ada yang menyerahkan kepada keluarga angkat.   Kata kunci: Remaja, Pergaulan bebas, Hamil luar nikah, Anak tak sah taraf, Keluarga angkat.   Abstract: Symptoms of pregnancy outside marriage among teenagers has become a big issue and still unresolved. This catastrophe is due to the influence of social media, promiscuity and lack of proper religious education among the said teenagers. Family is the main factor in the formation of
ISSN:2229-984X
0127-9483
DOI:10.32890/uumjls.8.2017.4643