Loading…

Perbezaan Gender dalam Sokongan Pembelajaran dan Pencapaian Akademik : Peranan Perantara Keterlibatan Murid di Sekolah

Tujuan – Kajian ini bertujuan untuk meneliti perbezaan gender dalam sokongan pembelajaran, keterlibatan murid di sekolah dan pencapaian. Kajian ini juga meneliti sejauh mana keterlibatan tersebut berperanan sebagai perantara kepada gender, sokongan pembelajaran dengan pencapaian akademik.   Metodolo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:Malaysian journal of learning & instruction 2014, Vol.11, p.237
Main Authors: M. Jelas, Zalizan, Salleh, Amla, Azman, Norzaini, Jani, Rohana, Hamzah, Ramlah, Mahmud, Izwan, Ab. Hamid, Zaleha, Hamzah, Hanizah, Hutkemari, Hutkemari
Format: Article
Language:eng ; may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan – Kajian ini bertujuan untuk meneliti perbezaan gender dalam sokongan pembelajaran, keterlibatan murid di sekolah dan pencapaian. Kajian ini juga meneliti sejauh mana keterlibatan tersebut berperanan sebagai perantara kepada gender, sokongan pembelajaran dengan pencapaian akademik.   Metodologi – Kajian ini menggunakan model keratan rentas yang melibatkan hubungan gender dengan keterlibatan murid di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 2,359 remaja lelaki dan perempuan berumur 12 hingga 16 tahun dari sekolah harian di kawasan bandar dan luar bandar. Instrumen Keterlibatan Murid di Sekolah dan Sokongan Pembelajaran digunakan untuk kutipan data. Kedua-dua instrumen telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu untuk meninjau sejauhmana keterlibatan murid di sekolah dan persepsi mereka terhadap sokongan pembelajaran daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen menunjukkan nilai tinggi. Analisis inferensi korelasi Pearson dijalankan untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah. Analisis model persamaan berstruktur (SEM) dilaksanakan untuk mengenal pasti peranan keterlibatan murid sebagai perantara gender dan sokongan pembelajaran terhadap pencapaian akademik.   Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gender yang signifi kan dalam keterlibatan murid di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Keterlibatan murid di sekolah merupakan perantara dalam hubungan gender dan pencapaian akademik. Keterlibatan murid di sekolah juga adalah perantara bagi sokongan guru, sokongan ibu bapa dan sokongan rakan sebaya terhadap pencapaian akademik.   Kepentingan – Dapatan kajian ini meneguhkan teori mengenai peranan dan sumbangan keterlibatan murid di sekolah, dan sokongan pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian murid seperti mana kajian yang dilakukan di Barat terhadap konstruk yang dikaji. Dapatan kajian ini membantu menyediakan cadangan intervensi untuk meningkatkan sokongan pembelajaran dalam kalangan remaja.  
ISSN:1675-8110
2180-2483
DOI:10.32890/mjli.11.2014.7673