Loading…

INVENTORI FONEM VARIAN MELANAU OYA DI SARAWAK: PENERAPAN PENDEKATAN STRUKTURAL

Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Oya (VM OA). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM OA terutamanya dalam me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2016-07, Vol.11 (2), p.539-552
Main Authors: Hamid, Norfazila Ab, Aman, Rahim
Format: Article
Language:may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Oya (VM OA). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM OA terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM OA dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam VM OA ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VM OA mempunyai 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, o-, a/, memiliki empat diftong iaitu /-oj, -aw, -aj, -ej/ dan 20 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, //, dua konsonan letusan /tE, dZ/, tiga konsonan geseran /s, 0, h/, empat konsonan nasal /m, n, ), N/ satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Kajian ini diharap dapat menemukan sesuatu yang hilang, menyingkap yang tersembunyi dan menghasilkan satu penemuan yang baharu.
ISSN:1985-3505
1823-884X