Loading…

KERJA SOSIAL DI HOSPITAL: MENEROKA PENGABAIAN DALAM KALANGAN PESAKIT WARGA EMAS

Pengabaian warga emas adalah masalah sosial yang kian serius. Isu ini berkait rapat dengan fenomena penuaan penduduk menjelang abad ke-21 lantaran peningkatan jangka hayat dan populasi warga emas secara drastik. Justeru, fenomena tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada masalah penjagaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2016-07, Vol.11 (2), p.462-484
Main Authors: Husin, Siti Zaila, Alavi, Khadijah
Format: Article
Language:may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengabaian warga emas adalah masalah sosial yang kian serius. Isu ini berkait rapat dengan fenomena penuaan penduduk menjelang abad ke-21 lantaran peningkatan jangka hayat dan populasi warga emas secara drastik. Justeru, fenomena tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada masalah penjagaan sekaligus menimbulkan pengabaian dan penderaan terutamanya kepada ibu bapa tua yang mengalami masalah kesihatan, ketidakupayaan fizikal dan mental. Masalah pengabaian dalam kalangan pesakit warga emas juga memberikan cabaran kepada pekerja sosial di hospital kerana perubahan gaya hidup dan corak struktur keluarga di zaman moden sekarang serta kekurangan terhadap sistem sokongan untuk penjaga warga emas telah memberikan implikasi kepada peranan pekerja sosial di hospital. Senario pengabaian pesakit warga emas merumuskan bahawa perlunya peranan intervensi awal daripada pekerja sosial di hospital dalam mencegah peningkatan masalah pengabaian di masa akan datang. Perbincangan senario ini juga turut berasaskan kepada analisis kandungan artikel-artikel jurnal dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan isu pengabaian dan keperluan perkhidmatan kerja sosial di dalam bidang kesihatan daripada kajian lepas.
ISSN:1985-3505
1823-884X