Loading…
Perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi muda terpinggir di Malaysia (A Comparison of Social Behaviour Based on Ethnicities Amongst Marginalized Youths in Malaysia)
Artikel ini disediakanbertujuan untuk mengenalpastiperbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi mudaterpinggir di Malaysia. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 4,107generasi mudapelbagai et...
Saved in:
Published in: | Geografia : Malaysian journal of society and space 2016-01, Vol.12 (13) |
---|---|
Main Authors: | , , , |
Format: | Article |
Language: | English |
Subjects: | |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini disediakanbertujuan untuk mengenalpastiperbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi mudaterpinggir di Malaysia. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 4,107generasi mudapelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir dan berumur dalam lingkungan 15-25 tahun telahdipilih sebagai responden kajian. Data kajiantelah dianalisis dengan menggunakan ujianANOVA untuk mengenalpasti perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik di Malaysia. Hasil kajian mendapati secara relatifnya, majoriti generasi muda pelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir tidak menunjukkan gangguan tingkah laku dan masalah emosi yang membimbangkan. Kesemua etnik generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir juga mempamerkan kemahiran prososial yang baik dan perlu dibanggakan. Hanya generasi muda dalam kalangan enik India sahaja menunjukkan masalah hubungan dengan rakan sebaya yang membimbangkan berbanding generasi muda terpinggir dalam kalangan pelbagai etnik lain di Malaysia. Analisis terhadap dimensi tingkah laku hiperaktif menunjukkan tingkah laku hiperaktif yang dipamerkan oleh generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir berada pada tahap yang membimbangkan. Hasil kajian memberi implikasi ke arah keperluan mewujudkan program-program pembangunan generasi muda masa hadapan yang lebih relevan dan terkini dengan keperluan semasa mereka. Usaha mempertingkatkan aspek tingkah laku hiperaktif dalam kalangan generasi muda pelbagai etnik di Malaysia adalah diperlukan bagi membantu mencapai matlamat negara ke arah pembentukan perpaduan dan generasi muda yang sejahtera. |
---|---|
ISSN: | 2180-2491 2180-2491 |