Loading…

Pembentukan destinasi mesra pelancong berasaskan perspektif pelancong domestik (Developing A tourist friendly destination from the perspective of domestic tourists)

Pengenalan konsep destinasi mesra pelancong dilihat sebagai salah satu strategi pelancongan dalam pelancongan bandar. Ini kerana peranan bandar amat signifikan sebagai “tempat masuk dan keluar” dan sebagai pusat aktiviti pelancongan untuk pelancong antarabangsa mahupun pelancong domestik. Dalam nega...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2014-01, Vol.10 (8)
Main Authors: Ahmad Nazrin Aris Anuar, Ahmad, Habibah, Jusoh, Hamzah, Mohd Yusof Hussain, Buang, Amriah, Samsir, Sri Winarni
Format: Article
Language:English
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan konsep destinasi mesra pelancong dilihat sebagai salah satu strategi pelancongan dalam pelancongan bandar. Ini kerana peranan bandar amat signifikan sebagai “tempat masuk dan keluar” dan sebagai pusat aktiviti pelancongan untuk pelancong antarabangsa mahupun pelancong domestik. Dalam negara-negara membangun, pelancong domestik merupakan penyumbang aktiviti pelancongan melalui jumlah kedatangan yang ketara dalam pelancongan bandar. Tetapi kajian mengenai keperluan pelancong domestik masih kurang diselidiki. Malah banyak lagi bandar yang masih kurang mengembangkan potensi pelancongan sedia ada terutamanya dari aspek pelancong domestik. Justeru, kajian dari perspektif pelancong domestik amat diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan konsep destinasi mesra pelancong dalam pelancongan bandar. Penilaian ini memberikan tumpuan kepada pelancong domestik, dan Kuala Lumpur sebagai kawasan kajian. Berdasarkan kaedah persampelan bertujuan, sebanyak 420 pelancong domestik telah memberikan kerjasama dalam kajiselidik ini. Pemilihan responden melibatkan enam sub-sektor iaitu makan & minum, pengangkutan, penginapan, membeli-belah, rekreasi dan taman bertema. Hasil kajian mendapati keseluruhan atribut dalam membangunkan konsep destinasi mesra pelancong berada di tahap pengukuran “penting” dengan julat nilai min keseluruhan 3.61 sehingga 4.04. Kajian ini mendapati pelancong domestik menerima konsep destinasi mesra pelancong apabila diaplikasikan dalam pelancongan bandar. Dicadangkan konsep ini digunapakai bukan sahaja untuk memenuhi pihak penyedia pelancongan tetapi juga untuk memenuhi keperluan pelancong domestik sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.
ISSN:2180-2491
2180-2491