Loading…

Menangani masalah banjir di Daerah Padang Terap, Kedah: Analisis persepsi dan tindakan pemimpin masyarakat tempatan (Managing flooding in the District of Padang Terap, Kedah: A perception and response analysis of local community leaders)

Banjir merupakan salah satu kesan daripada perubahan iklim yang berlaku di kebanyakan negara seperti Thailand, Indonesia, China, Myanmar dan termasuklah Malaysia. Banjir di Malaysia khususnya Kedah adalah disebabkan oleh hujan yang lebat dan berpanjangan, pembangunan yang tidak terkawal dan, sistem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2013-01, Vol.9 (4)
Main Authors: Said, Mohd Zulhafiz, Salfarina Abdul Gapor, Abd Malik Abd Aziz
Format: Article
Language:English
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banjir merupakan salah satu kesan daripada perubahan iklim yang berlaku di kebanyakan negara seperti Thailand, Indonesia, China, Myanmar dan termasuklah Malaysia. Banjir di Malaysia khususnya Kedah adalah disebabkan oleh hujan yang lebat dan berpanjangan, pembangunan yang tidak terkawal dan, sistem saliran yang tidak diselia dan tersumbat. Natijahnya, Individu yang lemah dan tidak bersedia merupakan individu paling menderita akibat banjir. Dari konteks adaptasi atau pengurusan risiko pula, individu atau golongan yang ‘lemah’ akan ditukar kepada yang ‘lebih kuat’ manakala yang ‘kurang bersedia’ akan dipersiapsiagakan kepada yang ‘lebih bersedia’ dalam menghadapi bencana banjir. Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis persepsi dari pihak pemimpin masyarakat tempatan sebagai entiti yang menguruskan banjir serta adaptasi-adaptasi yang diamalkan apabila berlakunya banjir. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan berfokus (FGD) terhadap terhadap 32 orang responden daripada kalangan pemimpin masyarakat tempatan di daerah Padang Terap. Dapatan menunjukan bahawa masalah ditimbulkan oleh mangsa banjir dan sesetengah badan pelaksana yang mana menyulitkan proses pengurusan banjir dan juga berlaku kekurangan di pusat pusat penempatan khas yang dibuka ketika banjir berlaku.
ISSN:2180-2491
2180-2491