Loading…

HUBUNGAN DI ANTARA TEKANAN KERJA DENGAN KESEJAHTERAAN KELUARGA

Tekanan kerja adalah fenomena yang kritikal dalam pembangunan sumber manusia. Tekanan kerja yang diuruskan secara teratur akan dapat meningkatkan kesejahteraan keluarga. Biarpun isu ini telah banyak dikaji namun peranan tekanan kerja sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kesejahteraan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2022-11, Vol.19 (7), p.52-62
Main Authors: Mohamad, Nur Izzaty, Ibrahim, Nurshahira, Abd Rahman, Ishak, Ismail, Azman
Format: Article
Language:eng ; may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tekanan kerja adalah fenomena yang kritikal dalam pembangunan sumber manusia. Tekanan kerja yang diuruskan secara teratur akan dapat meningkatkan kesejahteraan keluarga. Biarpun isu ini telah banyak dikaji namun peranan tekanan kerja sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kesejahteraan keluarga sering kali terabai dalam literatur pengurusan tekanan kerja. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menilai hubungan di antara tekanan kerja dengan kesejahteraan keluarga. Kaedah kaji selidik digunakan untuk mengumpul 160 data daripada pekerja di sebuah agensi awam, Putrajaya Malaysia. Dapatan menggunakan perisian SmartPLS menghasilkan tiga dapatan utama. Pertama, kekaburan peranan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan keluarga. Kedua, konflik peranan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan keluarga. Ketiga, beban peranan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan keluarga. Keadaan ini menunjukkan bahawa ketidakupayaan pekerja mengendalikan tekanan kerja secara berhemah akan mengganggu kesejahteraan keluarga. Seterusnya, kajian ini turut mengemukakan perbincangan, implikasi dan kesimpulan kajian.
ISSN:1823-884X
1985-3505
1823-884X
DOI:10.17576/ebangi.2022.1907.04