Loading…
Seruan Melestarikan Hubungan Sosio-Agama Melalui Pendekatan
Fitrah kepelbagaian manusia akan melahirkan sesuatu yang positif jika ditangani secara matang mengikut garis panduan agama. Pendekataan konflik pula sudah hilang justifikasinya, apatah lagi dalam suasana dunia kini mendambakan kedamaian. Begitu juga pengadaptasian fatwa klasik dari sudut pengkategor...
Saved in:
Published in: | Akademika (Kuala Lumpur) 2020-01, Vol.90 (2), p.149-164 |
---|---|
Main Authors: | , , |
Format: | Article |
Language: | may |
Subjects: | |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fitrah kepelbagaian manusia akan melahirkan sesuatu yang positif jika ditangani secara matang mengikut garis panduan agama. Pendekataan konflik pula sudah hilang justifikasinya, apatah lagi dalam suasana dunia kini mendambakan kedamaian. Begitu juga pengadaptasian fatwa klasik dari sudut pengkategorian dhimmi-harbi pada zaman Khilafah Islamiyyah dilihat kurang relevan dengan pola hubungan masa kini yang diistilahkan sebagai almuwatinun. Bersesuaian dengan realiti ini, Fiqh al-Tacayush diketengahkan sebagai wadah kerukunan dalam meraikan kepelbagaian masyarakat berteraskan dasar kesalingan insan yang mendambakan keharmonian. Namun pendekatan kontemporari ini sering menimbulkan pelbagai persoalan kerana ia dilihat seolah-olah cubaan meminggirkan keimanan dan pembubaran ajaran Islam. Mentakdiskan fatwa silam dengan mematikan realiti atau menyembah realiti tanpa panduan nas dan thurath, menatijahkan kepincangan. Justeru, kajian bersifat makro ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi gambaran menyeluruh secara umum tentanglatar belakang dan konsep asas Fiqh al-Tacayushyang meliputi garis panduan, cabaran dan seruan melestarikannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dengan merujuk kepada kajian kepustakaan melalui analisis dokumen dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian merumuskan bahawa asas Fiqh al-Tacayush sudah pun terpahat kukuh dalam al-Quran dan Sunnah. Pendekatannya secara realistik dalam bentuk kontemporari berdasarkan dawabitSyarak perlu diketengahkan dalam rangka melestarikan hubungan mesra sosio-agama pada masa kini. Implikasinya, para sarjana Islam perlu proaktif dalam memperkukuhkan konsep fiqh kontemporari ini secara komprehensif agar ia dapat dijadikan panduan hidup masyarakat dalam menangani konflik kemajmukan. |
---|---|
ISSN: | 0126-5008 |
DOI: | 10.17576/akad-2020-9002-13 |