Loading…

TAHAP KESEDARAN PENJAWAT AWAM TERHADAP PENGURUSAN ASET FASILITI KERAJAAN

Aset adalah sumber strategik kepada sesebuah negara dan memerlukan peruntukan yang tinggi untuk diperoleh, diurus dan diselenggara. Namun, pengurusan aset dan fasiliti kerajaan telah berhadapan dengan pelbagai ketidakpatuhan seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Ini menggambar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2023-11, Vol.20 (4), p.101-115
Main Authors: Mohd Ruslly, Khairul Fahmy, Abd. Manaf, Azima, Abdul Wahab, Nurul Amira
Format: Article
Language:eng ; may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aset adalah sumber strategik kepada sesebuah negara dan memerlukan peruntukan yang tinggi untuk diperoleh, diurus dan diselenggara. Namun, pengurusan aset dan fasiliti kerajaan telah berhadapan dengan pelbagai ketidakpatuhan seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Ini menggambarkan bahawa wujudnya kelemahan dari sudut pemahaman dan pelaksanaan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) dalam kalangan kakitangan yang diberi amanah dalam menjaga aset dan fasiliti kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran penjawat awam terhadap pengurusan aset dan fasiliti, seterusnya menganalisis hubungan antara pengetahuan, sikap dan amalan mereka dengan tahap kesedaran terhadap pengurusan aset dan fasiliti kerajaan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui kaedah soal selidik ke atas 112 penjawat awam yang terdiri daripada pegawai aset dan fasiliti kementerian dan jabatan di Putrajaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap pengurusan aset dan fasiliti kerajaan adalah tinggi. Ini ditunjukkan melalui pengetahuan yang tinggi dan sikap penjawat awam yang positif berupaya meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap pengurusan aset fasiliti kerajaan. Sebaliknya, tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi, serta sikap penjawat awam yang positif tidak semestinya menjamin amalan yang cemerlang dalam pengurusan aset fasiliti kerajaan. Implikasi daripada kajian ini, adalah wajar penekanan dibuat ke atas strategi yang lebih berkesan bagi meningkatkan amalan dan pelaksanaan prinsip-prinsip Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM) selaras dengan DPAK.
ISSN:1823-884X
1985-3505
1823-884X
DOI:10.17576/ebangi.2023.2004.09