Loading…
A Bibliometric Analysis: Navigating Publication Trends in Academic Dishonesty in Higher Education
Penyebarluasan teknologi kecerdasan buatan telah menimbulkan ancaman kepada aktiviti akademik. Institusi pengajian tinggi menyedari ketidakjujuran akademik yang berlaku dalam kalangan pelajar dan pensyarah tetapi belum menemui jalan penyelesaian yang optimal untuk menangani masalah tersebut. Kajian...
Saved in:
Published in: | Akademika (Kuala Lumpur) 2024-01, Vol.94 (2), p.419-437 |
---|---|
Main Authors: | , , , |
Format: | Article |
Language: | English |
Subjects: | |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyebarluasan teknologi kecerdasan buatan telah menimbulkan ancaman kepada aktiviti akademik. Institusi pengajian tinggi menyedari ketidakjujuran akademik yang berlaku dalam kalangan pelajar dan pensyarah tetapi belum menemui jalan penyelesaian yang optimal untuk menangani masalah tersebut. Kajian ini meneliti trend penerbitan, penulis terkemuka dan negara penulis, kerjasama antarabangsa dan topik penyelidikan mengenai ketidakjujuran akademik di institusi pengajian tinggi yang diterbitkan antara tahun 2001 dan 2023. Kajian ini juga mengenaipasti negara utama yang menyumbang kepada penyelidikan mengenai ketidakjujuran akademik. Kajian ini menggunakan analisis bibliometrik merangkumi 239 artikel yang diperolehi daripada pangkalan data Scopus menggunakan pendekatan TITLE-ABS-KEY. Perisian Microsoft Excel digunakan untuk menganalisa kekerapan penerbitan menggunakan jadual dan carta. Selain itu, perisian VOSviewer digunakan untuk membina rangkaian bibliometrik dan perisian Harzing's Publish or Perish digunakan untuk menaksir metrik sitasi artikel. Analisis menunjukkan bahawa bilangan penerbitan mengenai ketidakjujuran akademik semakin meningkat, terutamanya antara tahun 2020 dan 2022. Artikel-artikel tersebut telah dip etik s eb any ak 4129 kali, dengan purata 17.28 sitasi bagi setiap artikel. Hasil kajian menunjukkan bahawa kata kunci yang paling kerap digunapakai ialah ketidakjujuran akademik, pengajian tinggi, penipuan, pelajar, dan e-pembelajaran, yang boleh dikumpulkan kepada 5 gugusan. Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, United Kingdom, dan Australia adalah antara negara yang menyumbang kepada penerbitan dalam bidang ini. Kajian ini menyelidiki trend penerbitan berkenaan ketidakjujuran akademik, memberikan pandangan penting tentang landskap penyelidikan semasa di institusi pengajian tinggi. Dengan mengenai pasti bidang tumpuan utama dan penyumbang penyelidikan yang terkemuka, analisis ini memaklumkan usaha penyelidikan masa depan yang bertujuan untuk mengurangkan cabaran yang berleluasa ini. |
---|---|
ISSN: | 0126-5008 0126-8694 |
DOI: | 10.17576/akad-2024-9402-24 |