Loading…

Intervensi Pendekatan Spiritual untuk Kemurungan Pelajar: Kajian Literatur Sistematik

Kajian ini bertujuan untuk meneliti sorotan kajian intervensi pendekatan spiritual dalam kemurungan. Kemurungan yang dialami oleh pelajar boleh menjejaskan kefungsian manusia, tingkah laku, emosi dan pemikiran. Pelajar perlu diberikan pengetahuan untuk merawat kemurungan menerusi intervensi pendekat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:Akademika (Kuala Lumpur) 2024-07, Vol.94 (2), p.454-473
Main Authors: Zin, Nor Asliza Mohd, Johari, Ku Suhaila Ku, Bakar, Abu Yazid Abu, Mahmud, Mohd Izwan
Format: Article
Language:eng ; may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti sorotan kajian intervensi pendekatan spiritual dalam kemurungan. Kemurungan yang dialami oleh pelajar boleh menjejaskan kefungsian manusia, tingkah laku, emosi dan pemikiran. Pelajar perlu diberikan pengetahuan untuk merawat kemurungan menerusi intervensi pendekatan spiritual bagi memperoleh ketenangan dan mencapai kebahagian hidup. Sehubungan itu, artikel ini telah melakukan tinjauan literatur sistematik terhadap intervensi pendekatan spiritual untuk kemurungan pelajar yang digunakan dalam kalangan pengkaji. Satu kajian sistematik literatur telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tájuk yang hendak dikaji dengan menggunakan pangkalan data dalam talian seperti Web Of Science (WOS) dan Scopus bagi tempoh 2018 hingga 2023. Terdapat beberapa kata kunci digunakan iaitu spirit· OR religion· OR believ·, student OR teenager OR youth dan depreş· OR sad· OR hopeless· untuk mencari kajian yang berkaitan dengan enjin carian dalam talian. Berikutan tinjauan abstrak dan penghapusan tájuk yang sama, 29 kajian yang memenuhi syarat penyelidikan dipilih untuk dianalisis. Kajian yang dicari hanya berkaitan isu kesihatan mental yang meliputi kemurungan. Model PRISMA digunakan sebagai panduan dalam pencarían bahan literatur. Dapatan melalui hasil penelitian dalam artikel ini menunjukkan bahawa penggunaan intervensi pendekatan spiritual lebih tertumpu kepada dua pengkategorian subtema iaitu penggunaan diinstitusi dan semasa Pandemik Covid 19. Manakala, dari sudut intervensi pendekatan spiritual kemurungan pelajar pula, didapati bahawa pendekatan spiritual boleh dibincangkan dalam peranan pendekatan spiritual dalam merawat kemurungan. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan spiritual dan kerohanian digunakan sebagai intervensi alternatif ketika pelajar berhadapan dengan cabaran kemurungan.
ISSN:0126-5008
0126-8694
DOI:10.17576/akad-2024-9402-26