Loading…
Closing the Gap: The Need for Military Prosecution Appeal Right to Ensure Exclusive Accessibility to Justice
Dengan ciri-ciri unik dan sifat sui juris yang tersendiri, sistem keadilan tentera direka khusus untuk angkatan tentera dan beroperasi secara bebas daripada sistem keadilan jenayah awam. Begitu juga di Malaysia, di mana sistem ini juga berbeza daripada sistem keadilan jenayah biasa dalam beberapa as...
Saved in:
Published in: | Akademika (Kuala Lumpur) 2024-01, Vol.94 (2), p.76-89 |
---|---|
Main Authors: | , , |
Format: | Article |
Language: | English |
Subjects: | |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dengan ciri-ciri unik dan sifat sui juris yang tersendiri, sistem keadilan tentera direka khusus untuk angkatan tentera dan beroperasi secara bebas daripada sistem keadilan jenayah awam. Begitu juga di Malaysia, di mana sistem ini juga berbeza daripada sistem keadilan jenayah biasa dalam beberapa aspek, termasuk hak untuk merayu. Walaupun Pendakwa Raya dan tertuduh dalam sistem keadilan jenayah awam mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan mahkamah, namun tiada hak rayuan bagi pihak pendakwaan dalam mahkamah tentera. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji implikasi ketiadaan hak rayuan pendakwaan tentera di Malaysia, meneroka kesannya terhadap keadilan dan keberkesanan berhubung dengan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) 16. Ketiadaan hak rayuan pendakwaan menghalang keupayaan mereka untuk menacari keadilan dalam sistem keadilan tentera dan bertentangan dengan Matlamat SDG 16, yang mempromosikan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mapan, memberikan akses kepada keadilan bagi semua, dan membina institusi yang efektif, bertanggungjawab, dan inklusif di semua peringkat. Kajian ini memberikan huj ah untuk keperluan memperkenalkan hak rayuan pendakwaan tentera yang kukuh dalam sistem keadilan tentera Malaysia yang akan membantu mempromosikan keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh. Dengan menangani jurang ini, Malaysia boleh meningkatkan keadilan dan keberkesanan sistem keadilan tenteranya, menyumbang kepada objektif pembangunan mapan yang lebih luas dan keadilan untuk semua. |
---|---|
ISSN: | 0126-5008 0126-8694 |
DOI: | 10.17576/akad-2024-9402-05 |