Loading…
Persepsi Pengguna dalam Kalangan Belia Bandar Terhadap Parkir Awam Berbayar di Lembah Klang
Kepentingan parkir awam berbayar di bandar tidak dapat disangkal memandangkan pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian semakin bertambah terutama dalam kalangan belia. Dalam masa yang sama, kuantiti dan kualiti parkir awam berbayar juga harus seiring dengan keperluan pengguna semasa. Justeru,...
Saved in:
Published in: | e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2024, Vol.21 (3), p.125-138 |
---|---|
Main Authors: | , |
Format: | Article |
Language: | eng ; may |
Subjects: | |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepentingan parkir awam berbayar di bandar tidak dapat disangkal memandangkan pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian semakin bertambah terutama dalam kalangan belia. Dalam masa yang sama, kuantiti dan kualiti parkir awam berbayar juga harus seiring dengan keperluan pengguna semasa. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi belia terhadap parkir awam berbayar di kawasan Lembah Klang. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif iaitu menerusi pengedaran borang soal selidik secara dalam talian kepada responden belia di Lembah Klang. Menerusi analisis faktor terhadap responden belia, didapati pembayaran caj parkir awam secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa serta kaum wanita lebih kerap menggunakan kenderaan persendirian. Selain itu, penggunaan parkir awam berbayar adalah sangat tinggi pada waktu bekerja iaitu selama lapan jam. Malah, kesediaan parkir awam menentukan bila pengguna ingin keluar dan pengguna turut berasa selamat apabila menggunakan tempat parkir awam pada waktu malam. Bilangan kotak parkir awam juga didapati mencukupi terutama semasa waktu puncak dan caj parkir awam wajar dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Rentetan itu, memandangkan permintaan terhadap parkir awam adalah tinggi, maka kerajaan harus menawarkan parkir awam yang releven dengan keperluan penduduk setempat. |
---|---|
ISSN: | 1823-884X 1985-3505 1823-884X |
DOI: | 10.17576/ebangi.2024.2103.11 |