Loading…
Nilai Kepimpinan Mahathir Mohamad dari Perspektif Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Mahathir Mohamad merupakan pemimpin negara yang berjaya membawa Malaysia ke arah pembangunan sosioekonomi yang pesat. Walau bagaimanapun, pada pemerintahannya sebagai Perdana Menteri kali kedua, berlaku ketidakstabilan politik, cabaran ekonomi dan kelemahan dalam perlaksanaan dasar-dasar yang dijanj...
Saved in:
Published in: | e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2024, Vol.21 (3) |
---|---|
Main Authors: | , |
Format: | Article |
Language: | English |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mahathir Mohamad merupakan pemimpin negara yang berjaya membawa Malaysia ke arah pembangunan sosioekonomi yang pesat. Walau bagaimanapun, pada pemerintahannya sebagai Perdana Menteri kali kedua, berlaku ketidakstabilan politik, cabaran ekonomi dan kelemahan dalam perlaksanaan dasar-dasar yang dijanjikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur nilai kepimpinan Mahathir Mohamad dari perspektif mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam dua tempoh pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada seramai 377 orang mahasiswa UPSI. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa gelaran Bapa Pemodenan sesuai dengan nilai kepimpinan Mahathir Mohamad yang banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan masyarakat. Walaupun kebanyakan mahasiswa UPSI meragui pemilihan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ke-7, namun mereka tidak menafikan bahawa ketokohan beliau menentukan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14. Hasil analisis juga menunjukkan ilmu dan pengalaman luas menjadikan Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang terkenal di seluruh dunia. Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat perubahan pada penerimaan mahasiswa UPSI terhadap nilai kepimpinan Mahathir Mohamad. Penerimaan mahasiswa UPSI adalah tinggi sewaktu pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri ke-4. Namun, penerimaan mahasiswa berada pada tahap sederhana apabila beliau menjadi Perdana Menteri ke-7. Perubahan ini berlaku kesan daripada kematangan masyarakat dalam menilai politik nasional, di samping kelemahan pentadbiran beliau semasa menjadi Perdana Menteri ke-7. Implikasi kajian memberikan gambaran jelas mengenai perubahan dalam persepsi politik masyarakat terhadap kepimpinan Mahathir, dan keperluan menyusun strategi yang lebih baik untuk masa depan negara. |
---|---|
ISSN: | 1823-884X 1823-884X |
DOI: | 10.17576/ebangi.2024.2103.19 |