Loading…

MENGEKANG IMPAK NEGATIF SHARENTING: SATU KAJIAN TENTANG KETERLIBATAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN KETIKA PANDEMIK COVID-19 (Curbing the Negative Impact of Sharenting: A Study on the Involvement of Government Agencies and Non-Governmental Organizations During the Covid-19 Pandemic)

Perkataan sharenting pada asasnya ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu sharing dan parenting. Istilah sharenting merujuk kepada fenomena perkongsian foto dan video anak-anak serta maklumat pengenalan diri yang lain oleh ibu bapa pada akaun media sosial mereka sendiri. Pengguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:UUM journal of legal studies 2024-01, Vol.15 (1), p.303-327
Main Authors: Md Salleh, Anis Shuhaiza, Muhammad Azhar, Aima Nabila, Mohd Noor, Nor Azlina, Md Isa, Yusramizza, Bahadin, Siti Azura
Format: Article
Language:English
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkataan sharenting pada asasnya ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu sharing dan parenting. Istilah sharenting merujuk kepada fenomena perkongsian foto dan video anak-anak serta maklumat pengenalan diri yang lain oleh ibu bapa pada akaun media sosial mereka sendiri. Penggunaan lazim media sosial sebagai platform untuk perkongsian yang kebiasaannya mempunyai perlindungan privasi yang sangat minimum, telah mewujudkan kebimbangan dalam masyarakat. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerana penularan wabak COVID-19, penggunaan media sosial sebagai medium penyebaran maklumat dan perkongsian bukanlah sesuatu yang asing. Ia menjadi sebahagian daripada norma baharu kehidupan apabila pertemuan bersemuka menjadi sukar atau mustahil disebabkan oleh beberapa faktor. Ditambah pula dengan kewujudan pelbagai aplikasi yang kebanyakannya dapat diakses secara percuma melalui capaian Internet dan telefon pintar mudah alih. Percambahan perkongsian tentang kehidupan seharian termasuk aktiviti sharenting berlaku secara berleluasa tanpa sekatan. Di sebalik kesan positif daripada perkongsian ini, wujud implikasi negatif kepada fizikal, mental dan spiritual kanak-kanak. Bertunjangkan kepada mengawal impak negatif sharenting terhadap kanak-kanak, artikel ini memfokuskan peruntukan undang-undang sedia ada yang melindungi kanak-kanak di Malaysia selain mengenal pasti peranan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dalam menangani isu sharenting. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bagi menghuraikan peranan agensi kerajaan dan NGO dalam membendung kesan buruk daripada perbuatan sharenting. Analisis data dibuat melalui kaedah penelitian terhadap beberapa dokumen statut utama seperti Akta Kanak-Kanak 2001; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017; dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di samping hasil temu bual yang dijalankan dengan beberapa orang responden untuk menghalusi isu ini dengan lebih mendalam dan praktikal. Artikel ini menyimpulkan bahawa mekanisme kawalan perlulah mengimbangi hak ibu bapa terhadap anak-anak tanpa meminggirkan hak anak-anak. Dalam keadaan konflik antara hak- hak tersebut, kebajikan anak-anak perlulah diberikan keutamaan. Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan NGO amat diperlukan kerana peranan yang dimainkan oleh setiap pihak adalah berbeza-beza demi mengurangkan impak negatif daripada perbuatan sharenting. Ab
ISSN:2229-984X
0127-9483
DOI:10.32890/uumjls2024.15.1.13