Loading…

ANCAMAN SEKURITI MAKANAN TERHADAP KOMUNITI LANOH: KAJIAN KES DI KAMPUNGAN AIR BAH, LENGGONG, PERAK

Makanan merupakan keperluan asas manusia yang sangat penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan minda. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan faktor yang menyumbang kepada keterancaman sekuriti makanan komuniti Lanoh daripada aspek ketersediaan makanan, kebolehcapaian makanan, pengguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2016-01, Vol.11, p.143-159
Main Authors: Hasni, Nor Haidanadia, Omar, Mustaffa, Halim, Sharina Abdul, Ghazali, Nurasyikin
Format: Article
Language:may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makanan merupakan keperluan asas manusia yang sangat penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan minda. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan faktor yang menyumbang kepada keterancaman sekuriti makanan komuniti Lanoh daripada aspek ketersediaan makanan, kebolehcapaian makanan, penggunaan makanan dan kestabilan bekalan makanan. Kajian dilakukan menggunakan kaedah kaji selidik dan temu bual. Sebanyak 47 orang responden terlibat dengan soal selidik dan temu bual secara mendalam melibatkan 10 orang responden. Hasil analisis menunjukkan bahawa realitinya komuniti Lanoh sedang berhadapan dengan ancaman sekuriti makanan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka. Selain itu, faktor kebolehcapaian makanan yang terhad seperti pendapatan yang rendah, ketiadaan pemilikan kenderaan, tiada kemudahan pengangkutan awam disediakan dan keadaan jalan yang kurang memuaskan telah mengehadkan keupayaan mereka untuk mendapatkan makanan. Dari aspek pemakanan menunjukkan komuniti ini mengamalkan diet pemakanan yang kurang sihat dan seimbang iaitu kurang pengambilan makanan berunsurkan protein dan produk tenusu yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan. Akhirnya, pembalakan menyebabkan berlakunya kemusnahan kepada sumber hutan dan memberi ancaman kepada kestabilan bekalan makanan penduduk pada masa hadapan. Oleh itu, faktor kurangnya ketersediaan dan kebolehcapaian kepada makanan yang sihat dan mencukupi, amalan diet pemakanan yang tidak seimbang dan berlakunya ketidakstabilan bekalan makanan merupakan faktor ancaman berlakunya sekuriti makanan kepada komuniti Lanoh yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka.
ISSN:1985-3505
1823-884X