Loading…

Penganiayaan Kanak-Kanak: Pengalaman Melapor dan Tahap Latihan yang Diterima dalam kalangan Guru-Guru Sekolah (Child Abuse: Experience in Reporting and Level of Training Received among School Teachers)

Penganiayaan kanak-kanak adalah masalah sosial yang senantiasa menjadi tanggungjawab utama dalam agensi-agensi kebajikan sosial. Namun, jarang- jarang isu ini diberi perhatian serius dalam sektor pendidikan. Kebanyakan masa dalam sehari bagi seorang kanak-kanak banyak dihabiskan dalam sesi persekola...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:Jurnal Pembangunan Sosial 2014-01, Vol.17, p.39
Main Author: CHAN CHEONG CHONG
Format: Article
Language:eng ; may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penganiayaan kanak-kanak adalah masalah sosial yang senantiasa menjadi tanggungjawab utama dalam agensi-agensi kebajikan sosial. Namun, jarang- jarang isu ini diberi perhatian serius dalam sektor pendidikan. Kebanyakan masa dalam sehari bagi seorang kanak-kanak banyak dihabiskan dalam sesi persekolahan. Guru sekolah adalah antara individu yang terdekat dengan kanak-kanak disamping ibu bapa mereka. Maka, guru sekolah boleh memainkan peranan yang besar dari segi mengenalpasti dan menyelamatkan murid-muridnya yang berkemungkinan menjadi mangsa dalam penganiayaan. Kajian ini meninjau pengalaman melapor dan tahap latihan yang pernah diterima oleh guru sekolah berhubung isu penganiayaan kanak-kanak. Seramai 255 guru sekolah telah menjawab soal selidik “Educators and Child Abuse Questionnaire”(Kenny, 2000). Hasil kajian menunjukkan hanya 9% guru pernah membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa. Ramai guru menganggap latihan yang diterima mengenai penganiayaan kanak-kanak sama ada sebelum atau selepas perkhidmatan perguruan adalah tidak memadai. Kekeliruan dan ketidakpastian merupakan halangan utama kepada guru sekolah apabila berdepan dengan mangsa-mangsa penganiayaan yang disyaki. Oleh itu, adalah dicadangkan agar kursus perlindungan kanak-kanak perlu diwajibkan kepada kesemua pelatih perguruan di Maktab Perguruan. Hal ini demikian agar guru-guru upaya mengendalikan sebarang kes penganiayaan dalam kalangan anak muridnya secara berkesan.
ISSN:1394-6528
2600-8165