Loading…

Socio-Economic Impact of Riverbank Failure at Kg. Pohon Celagi in Pasir Mas, Kelantan, Malaysia

Kegagalan tebing sungai merupakan fenomena geologi yang berlaku apabila tanah tebing sungai runtuh hingga menyebabkan pergerakan tanah yang cepat dan membentuk retakan. Walaupun ia merupakan kejadian hakisan morforlogi semulajadi, kegagalan tebing sungai boleh memberi kesan yang serius kepada komuni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published in:Akademika (Kuala Lumpur) 2023-01, Vol.93 (1), p.307-316
Main Authors: Leng, See Too Kay, Jaafar, Mokhtar Bin, Ata, Frankie Marcus, Jamil, Mohd Ridhuan Bin Mohd
Format: Article
Language:may
Subjects:
Online Access:Get full text
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kegagalan tebing sungai merupakan fenomena geologi yang berlaku apabila tanah tebing sungai runtuh hingga menyebabkan pergerakan tanah yang cepat dan membentuk retakan. Walaupun ia merupakan kejadian hakisan morforlogi semulajadi, kegagalan tebing sungai boleh memberi kesan yang serius kepada komuniti dan alam sekitar. Satu bencana kegagalan tebing Sungai Kelantan telah berlaku di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas hingga mendatangkan impak yang besar kepada penduduk dan sosioekonomi setempat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keluasan kawasan yang terjejas akibat kegagalan tebing sungai. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk mengkaji kesan kegagalan tebing sungai terhadap sosioekonomi terhadap penduduk yang terjejas. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian lapangan untuk mengumpul data dan maklumat kajian. Teknik analisis yang digunakan adalah deskriptif analisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa keluasan sebanyak 0.58km3 di kampung tersebut terjejas akibat daripada kegagalan tebing sungai. Pihak berkuasa tempatan menetapkan zon merah sebagai kawasan yang paling berisiko, iaitu jarak 50 meter dari tebing sungai di mana kebanyakan rumah dan bangunan di lingkungan kawasan ini runtuh akibat pergerakan tebing sungai. Lingkungan kawasan dari tebing sungai 51-100 meter adalah kawasan berisiko tinggi, 101-150 meter sebagai kawasan sederhana, dan 151 meter keatas adalah kawasan berisiko rendah. Penduduk yang terjejas dikehendaki berpindah ke kawasan yang lebih selamat seperti rumah saudara mara atau pusat permindahan sementara. Mangsa dikehendaki meninggalkan harta benda dengan segera agar tidak mengancam nyawa atau mendatangkan kecederaan, manakala rumah mangsa akan diroboh atau runtuh bersama tebing sungai yang tidak stabil. Dari segi sosioekonomi, perniagaan di sekitar kawasan bencana terjejas teruk akibat larangan oleh pihak berkuasa untuk beroperasi di kawasan berisiko tinggi. Secara keseluruhan, ramai penduduk di kampung tersebut kehilangan harta benda dan mengalami tekanan akibat bencana. Oleh itu, semua pihak berkuasa harus mencari cara penyelesaian untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti daripada bencana kegagalan tebing sungai.
ISSN:0126-5008
DOI:10.17576/akad-2023-9301-22